Spesifikasi Minima Assassin’s Origins Diumum Oleh Ubisoft

Now Reading
Spesifikasi Minima Assassin’s Origins Diumum Oleh Ubisoft

Selepas setahun penantian, akhirnya Assassin’s Creed akan hadir buat tatapan peminat. Siri baharu yang bernama Origins ini akan mula berada dipasaran pada 27hb Oktober nanti untuk PS4 dan Xbox One. Malah PC juga adalah satu platform yang akan menikmati permainan ini. Maka, Ubisoft mengumumkan spesifikasi minima dan spesifikasi disaran untuk pemain bersedia (atau tiba masa untuk menambahbaik) mesin PC anda.

Spesifikasi minima

OS: Windows 7 SP1, Windows 8.1, Windows 10 (Versi 64-bit sahaja).
CIP PEMPROSESAN: Intel Core i5-2400s @ 2.5 GHz or AMD FX-6350 @ 3.9 GHz atau berkaitan.
RAM: 6 GB.
KAD GRAFIK: NVIDIA GeForce GTX 660 or AMD R9 270 (2048 MB VRAM dengan Shader Model 5.0 atau lebih baik).
STORAN: Tidak diberi.
VERSI DIRECTX: Tidak diberi.

Spesifikasi yang disarankan

OS: Windows 7 SP1, Windows 8.1, Windows 10 (Versi 64-bit sahaja).
CIP PEMPROSESAN: Intel Core i7- 3770 @ 3.5 GHz or AMD FX-8350 @ 4.0 GHz.
RAM: 8 GB.
KAD GRAFIK: NVIDIA GeForce GTX 760 or AMD R9 280X (3GB VRAM dengan Shader Model 5.0 atau lebih).
STORAN: Tidak diberi.
VERSI DIRECTX: Tidak diberi.

Mengikut dari maklumat diatas, spesifikasi yang diminta tidak terlalu tinggi khususnya kepada tetapan kad grafik. Namun tiada maklumat saiz storan diperlukan buat masa ini.

Adakah PC anda sedia untuk menyerang kota Mesir nanti?

About The Author
Hafiz J
Seorang gamers yang hampir bersara namun gigih untuk mengasingkan kesibukan masa mencari rezeki beliau dengan bermain permainan video. Impian untuk memiliki seunit konsol mudah alih sejak zaman GameBoy lagi. Namun masih lagi tidak tercapai.
Comments
Leave a response

Komen