fbpx

SpongeBob SquarePants Versi “Rehydrated” Akan Dilancarkan Pada Jun Ini

Are you ready kids? Versi remaster atau “Rehydrated” untuk SpongeBob SquarePants: Battle for Bikini Bottom kini mendapat tarikh pelancarannya.

SpongeBob SquarePants: Battle for Bikini Bottom – Rehydrated adalah sebuah 3D Platformer yang dimana pemain bermain sebagai SpongeBob, Patrick, dan Sandy untuk menempur robot-robot yang ingin menakluk Bikini Bottom.

Secara tipikalnya, permainan video yang diambil dari lesen filem atau siri TV terkenal tidak mendapat sambutan yang baik. Namun berbeza bagi siri kartun TV ini, dimana dibawa dengan baik. Maka salah satu sebab mengapa THQ Nordic ingin mengolah semula permain ini..

Video trailer baharu dibawah mempamerkan permainan versi Rehydrated, malah mod multiplayer serba baharu juga turut serta.

SpongeBob SquarePants: Battle for Bikini Bottom – Rehydrated akan mula berada dipasaran pada 23hb Jun untuk PS4, PC (Steam), Nintendo Switch dan juga Xbox One.


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -