fbpx

Square Enix Mengumumkan RPG Baharu – Project Prelude Rune

Setelah menubuhkan studio pemaju baharu yang bernama Studio Istolia, Square Enix kini mengumumkan permainan video baharu mereka, Project Prelude Rune.

Projek ini akan diketuai oleh Hideo Baba, salah seorang yang pernah melibatkan diri sebagai produser didalam siri permainan Tales (seperti Tales of Beseria) semasa beliau bekerja di Bandai Namco sebelum ini.

Mengikut dari kenyataan rasmi, Square Enix menerangkan istilah Istolia ini adalah datang dari bahasa Yunani yang bermakna, “jalan cerita”. Tujuan mereka adalah untuk memberikan “pengalaman bermain dengan jalan cerita yang tidak boleh dilupakan”.

Setakat ini tiada tarikh pelancaran mahupun maklumat lanjut tentang permainan ini, memandangkan ianya masih lagi didalam tahap pembangunan yang agak awal.

Namun mereka berkongsikan beberapa gambar konsep seni seperti dibawah:


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -