Baru-baru ini, media dari Jepun, Nikkei menanyakan soalan berkenaan konsol pilihan bagi pihak Square Enix untuk mereka memfokuskan pembangunan permainan video mereka.
“Switch” adalah jawapan mereka sebagai pilihan pabila perbandingan diberi antara Nintendo Switch atau konsol akan datang, Xbox Scorpio. Ini ternyata bahawa Square Enix mahu bekerja dengan lebih rapat bersama Nintendo untuk koleksi permainan mereka kepada platform Switch.
Malah, Square Enix adalah salah satu syarikat yang mengumumkan senarai permainan yang agak banyak untuk platform Switch pada hari pelancaran yang lepas.
Xbox Scorpio, sebuah konsol yang lebih berkuasa dari Xbox One akan mempunyai 12GB VRAM, dimana ianya berkemampuan untuk bermain diparas 4K tanpa halangan. Setakat ini masih lagi tiada mempunyai tarikh pelancaran namun didalam perancangan untuk mula dijual pada tahun ini.