fbpx

SSD Generasi Baharu Samsung Bakal Menyaksikan Kelajuan Sehingga 7,000MB/s

Para peminat dan pemain PC semua sedia tahu, Samsung adalah salah satu pengilang yang mampu mencipta produk storan SSD mereka dengan kelajuan yang tertinggi.

Kali ini Samsung sekali lagi bakal menyaksikan kelajuan yang menakjubkan melalui SSD generasi baharu mereka, Samsung 980 Pro SSD. Kelajuan yang mampu dicatatkan adalah sehingga 7,000MB/s untuk pembacaan dan sehingga 5,000MB/s untuk penulisan.

Maklumat tertiris melalui laman web rasmi Samsung sebelum ianya ditarik balik. Namun anda boleh lihatnya melalui laman web “cache” yang disimpan oleh Google.

Namun, untuk mendapat kelajuan diatas, anda perlulah menggunakan laluan PCIe 4.0, satu teknologi yang boleh dijumpai pada papan induk AMD X570 dan B550.

Setakat ini tiada harga diumum dan tarikh pelancaran secara rasmi oleh Samsung.

Sumber: PCgamer.

- Iklan -

Komen