fbpx

Star Citizen Dipisahkan Kepada 2 Pakej

Umum mengetahui akan kewujudan Star Citizen, sim angkasa yang berimpian tinggi dan dibangunkan oleh Cloud Imperium Games (CIG) yang diketuai oleh pembangun legenda Chris Roberts. Dengan sumbangan crowdsourcing melebihi USD 100 juta dan 1.2 juta penyumbang, Star Citizen mencatat rekod sebagai projek crowdsourcing paling berjaya setakat ini.

Star Citizen asalnya disertakan bersama 2 mod: mod multiplayer dalam semesta berterusan (Persistent Universe: PU) dan Squadron 42 iaitu mod singleplayer Star Citizen. CIG menjanjikan kedua-dua mod kepada penyumbang awal dalam pakej serendah USD 45 (RM187 pada masa artikel ini ditulis). Star Citizen kini boleh dimainkan dalam peringkat alpha iaitu mod multiplayer PU dan dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2017.

Dalam kiriman di halaman RobertsSpaceIndustries.com, CIG mengumumkan perubahan bagi pemasaran Star Citizen. Pakej semesta berterusan dan Squadron 42 yang disertakan bersama kini telah dipisahkan. Namun begitu, ini hanya terpakai bagi pembeli pakej baharu manakala pembeli awal sebelum 14 Februari lepas akan mendapat kedua-dua mod tanpa ada perubahan. Kedua-dua pakej ini kini boleh didapati dengan harga USD45 (RM 187) setiap satu tetapi pembeli yang membeli salah satu pakej boleh membeli pakej kedua pada harga USD 15 (RM 63) menjadikan jumlahnya USD 60 sama seperti permainan AAA yang lain.

CIG menjustifikasikan pemisahan ini dengan tujuan asal CIG menjual modul-modul permainan dengan harga berlainan tetapi memberikan kelebihan pada penyumbang awal dengan memberikan semua modul. Ini juga memberi peluang kepada pembeli untuk memilih sama ada mahukan singleplayer Squadron 42, multiplayer PU atau kedua-duanya tanpa membayar lebih daripada permainan bertaraf AAA yang lain.

Penulis sendiri adalah salah seorang penyumbang awal Star Citizen dan sangat berharap akan kejayaan CIG dalam membangunkan Star Citizen menjadi permainan sim angkasa terhebat dalam sejarah. Namun dengan Star Citizen masih dalam alpha dan tarikh penerbitan yang masih panjang, anda mungkin perlu bersabar dahulu sebelum membelanjakan wang anda. Tetapi jika anda mempunyai harapan yang tinggi kepada CIG, penantian terhadap Star Citizen adalah sesuatu yang berbaloi.

Star Citizen kini dalam peringkat alpha dan boleh didapati di RobertSpaceIndustries.com.

 


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -