fbpx

Star Wars Battlefront Akan Disertakan Dengan 12 Peta Multplayer

Tidak asing lagi bagi EA dan DICE dengan peta multiplayer yang besar ditambah dengan suasana peperangan yang dasyat. Game yang amat dinantikan, Star Wars Battlefront akan mempunyai 12 peta multiplayer untuk pemain akan datang.

Berdasarkan kepada Konsep Artist dari DICE, Anton Grander “Team kami inginkan planet mereka sendiri, mereka mencubanya buat pertama kali dengan idea-idea mereka, namun mereka memilih untuk mempunyai planet lava.” Juga dalam masa yang sama, Grandert juga mengatakan bahawa mereka inginkan suasana yang berwarna kerana ianya tampak lebih mengena dan mengancam. Hmm.. gunung berapi meletus dengan lava yang menghujani?

DICE juga pernah melawat arkib Lucasfirm untuk penyelidikan yang lebih mendalam.

“Kami dapat memahami bahawa peta Battlefront akan memberi pengalaman yang lain kepada pemain seperti tema lava, suasana penuh dengan sulfur dan inspirasi dari Death Star itu sendiri. Sesetengah aksi didalam hutan Endor dari Tundra Hoth adalah faktor yang membawa pengalaman yang terbaik untuk peminat Star Wars didalam game ini.

Bersempena Star Wars Day semalam, anda boleh muat turun wallpaper yang menarik bernama Sullust secara percuma. Sila klik sini untuk muat turun kedua-dua wallpaper ini.

Bagi saya, saya sentiasa terhibur dengan game dari DICE dan amat menantikan kedatangan game ini. Pelancaran Star Wars Battlefront adalah pada 17hb November 2015, jumpa anda di medan perang.

Untuk lebih lanjut tentang Star Wars Battlefront, ikuti laman web kami di GamerMalaya.my

Sumber


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -