fbpx

Star Wars Battlefront BETA Akan Diberikan Kepada Semua

Masih ingat lagi banyak video alpha game Star Wars Battlefront tertiris dan terpadam dalam beberapa jam? Hari ini EA telah mengesahkan bahawa beta multiplayer Battlefront akan dibuka kepada semua platform PS4, Xbox One dan PC bulan hadapan.

Versi beta ini akan mempunyai dua akses multiplayer mode dan peta. Walker Assault pada planet Hoth dan Drop Zone di Sullust.

“Siap sedia untuk tarikh pengeluaran beta. Juga pastikan bahawa sistem anda sudah sedia untuk muat-turun beta ini sebaik sahaja ianya dikeluarkan.” Kata Mathew Everett, sebagai pengurus komuniti.

“Sentiasa sedia dari saya dan pasukan pembina kami semasa beta nanti, kerana banyak info gempak akan dikeluarkan.” Katanya lagi.

Star Wars Battlefront akan dipasarkan untuk ketiga-tiga platform (PlayStation 4, Xbox One dan PC) pada 19hb November ini.


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -