fbpx

Star Wars Battlefront Tidak Akan Mendapat Kandungan The Force Awakens

Bagi kami, Star Wars: The Force Awakens mempunyai banyak pandangan dari peminat dan memberi impak yang tertinggi terhadap industri filem. Dengan pengeluaran Star Wars Battlefront pada November lepas, EA & DICE berjanji akan memberikan banyak kandungan-kandungan baharu pada masa akan datang secara percuma.

Namun banyak peminat tertanya-tanya, adakah salah satu kandungan diberikan adalah sesuatu yang berkaitan dengan The Force Awakens? Mengikut daripada maklum balas dari salah satu komen didalam akaun rasmi Twitter @EAStarWars, mereka menyatakan bahawa Star Wars Battlefront adalah lebih fokus kepada siri asal Star Wars sahaja (Episod 4 – 6, atau dikenali sebagai Original Trilogy).

“Krew kami hanya memfokuskan kepada siri sebelum ini untuk Star Wars Battlefront”, mengikut dari tweet mereka baru-baru ini.


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -