fbpx

Star Wars Episode I: Racer Untuk PS4 & Switch Ditunda, Tiada Tarikh Baharu

Star Wars Episode I: Racer adalah sebuah permainan perlumbaan pod klasik yang diadaptasikan dari filem Star Wars: Episode I – The Phantom Menace. Permainan yang dilancarkan pada tahun 1999 ini, asalnya adalah untuk platfrom Nintendo 64 dan dipasarkan pada beberapa platform lain juga seperti Game Boy Color dan PC.

Namun pada 16hb April 2020, Lucasfilm membuat pengumuman bersama studio pembangunan Aspyr, untuk pelancaran semula permainan klasik ini kepada platform PS4 dan Nintendo Switch yang dijadualkan pada 12hb Mei.

Namun berita baik tersebut bertukar, dimana permainan tersebut akan ditunda dan tiada tarikh baharu ditetapkan. Ini adalah disebabkan dengan situasi pandemik yang dialami menyebabkan pekerja perlu bekerja dari rumah yang mungkin memberi impak kepada produktiviti projek ini.

Apapun, kami berharap situasi reda dengan lebih pantas dan pengguna Switch dan PS4 boleh nikmati permainan klasik ini.

Sumber: IGN dan Star Wars.


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -