Gamer Malaya
Info Permainan Video Terkini Malaysia

- Iklan -

Star Wars Humble Bundle III: Koleksi Permainan Star Wars Dan T-Shirt Eksklusif

30

Humble Bundle sekali lagi membawakan penjualan sambil menderma untuk koleksi permainan video Star Wars dan juga T-Shirt eksklusif.

Program yang membolehkan pembeli menentukan berapa harga yang ingin dibeli (atas dasar menderma), Star Wars Humble Bundle III menyediakan beberapa pilihan kepada pembeli.

Dijual dengan 4 jenis peringkat, pembeli boleh membeli dari harga suka rela ataupun mengikut dari harga purata untuk mendapat lebih kandungan. Berikut adalah senarai permainan yang boleh dibeli:

USD $1 (RM4.46*) keatas

Peringkat pertama akan membawakan 4 permainan klasik Star Wars, khususnya kepada permainan perlawanan di angkasa.

  • Star Wars Knights of the Old Republic
  • Star Wars: X-Wing Alliance
  • Star Wars: X-Wing vs TIE Fighter – Balance of Power Campaigns
  • Star Wars Galactic Battlegrounds Saga
USD $11.33 (RM50.50*) keatas

Pembeli akan mendapat permainan dibawah beserta dengan permainan dari peringkat pertama. Peringkat ini akan membawakan beberapa permainan terkenal seperti siri Battlefront dan juga Old Republic.

  • Star Wars Battlefront II
  • Star Wars Jedi Knight II: Jedi Outcast
  • Star Wars Starfighter
  • Star Wars Knight of the Old Republic II: The Sith Lords
  • Star Wars: Rebel Assault I + II
USD $14 (RM62.40*) keatas

- Iklan -

Peringkat ini pula disertakan permainan yang pernah dipasarkan pada tahun 2010, The Force Unleashed II. Juga, permainan RTS yang diminati ramai akan diberi, Empire At War.

  • Star Wars The Force Unleashed: Ultimate Sith Edition
  • Star Wars: The Force Unleashed II
  • STAR WARS: Rogue Squadron 3D
  • Star Wars Shadows of the Empire
  • Star Wars Empire At War: Gold Pack
USD $35 (RM156.01*) keatas

Peringkat terakhir adalah dimana pembeli akan mendapat kesemua permainan diatas dan T-Shirt Eksklusif yang mempunyai lakaran logo Rebel dan Empire digabungkan bersama diikuti dengan kapal angkasa ikonik mereka, X-Wing dan TIE Fighter.

Layari laman web Humble Bundle untuk maklumat lanjut.

*Harga mengikut kadar penukaran semasa artikel ini ditulis.