Selepas pengumuman Mojang untuk memasuki pasaran China lepas, kini satu lagi maklumat yang dikeluarkan oleh syarikat tersebut tentang prestasi jualan Minecraft yang memberangsangkan. Secara total, Minecraft telah terjual lebih dari 100 juta unit di seluruh dunia dari semua platform seperti PC, konsol dan juga mudah alih.
Infografik dibawah menunjukkan pelbagai data menarik untuk game Minecraft ini. Dari 53,000 unit terjual setiap hari, sehingga 4 unit terjual di benua Antartika. Negara jiran, Indonesia mendominasi ditempat keempat dengan 260,581,100 unit terjual berbanding dengan negara lain di seluruh dunia.

Mengikut dari sejarah jualan Minecraft, ianya telahpun mendapat prestasi yang agak memberangsangkan sejak mula dijual pada 2010. Hanya dalam setahun (2011), mereka terjual lebih 1 juta unit, 9.2 juta pada tahun seterusnya (2012) dan jualan meningkat secara mendadak sejurus platform konsol dan mudah alih diumumkan.

