Gamer Malaya
Info Permainan Video Terkini Malaysia

- Iklan -

Steam Menawarkan Kupon Diskaun RM10 Bersempena Dengan Jualan Tahun Baru Cina

113

Bersempena dengan perayaan Tahun Baru Cina, Steam menawarkan kupon diskaun sebanyak RM10 untuk setiap pembelian pertama berjumlah RM60. Diskaun ini hanya boleh diberi untuk pembelian kepada diri anda sendiri.

Dalam masa yang sama, beberapa produk permainan kini ditawarkan dengan diskaun yang menarik.

Tambahan lagi, halaman utama pelayar ini dibanjiri dengan permainan popular yang mungkin menarik minat anda, malah beberapa permainan co-op yang boleh dimain dengan keluarga juga diterapkan oleh Steam beserta dengan permainan yang dibuat di China.

Anda boleh lihat promosi tersebut disini, mana tahu, salah satu permainan tersebut adalah dari senarai “wishlist” anda.

Steam Lunar New Year Sale bermula dari sekarang sehingga 12hb Februari, 2AM waktu Malaysia.

Kami dari krew Gamer Media, ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua pembaca kami. Huat ah!