Steam Mencatat Rekod Dengan 14 Juta Pengguna Dalam Satu Masa

Steam, sebuah pelayar untuk permainan video di platform PC kini mencatat rekod baharu dengan mencapai 14 ,207,039 juta pengguna log masuk dalam satu masa pada 1:50 pagi tadi melalui laman web rasmi statistik Steam berbanding rekod sebelumnya, 13 juta.

Dari 14 juta pengguna tersebut, Dota 2 mendapat ditempat pertama dengan pemain sebanyak 951,942, diikuti oleh Counter Strike: Global Offensive dengan 675,195 dan 116,230 oleh Grand Theft Auto V ditempat ketiga.

Mengikut dari PC Gamer, Steam pernah mencapai 5 juta pengguna log masuk dalam satu masa pada tahun 2012. Ianya agak mengagumkan dengan peningkatan 9 juta pengguna didalam lima tahun. Namun data 14 juta adalah berdasarkan pengguna log masuk didalam satu masa, maka ianya mengandungi pengguna yang bermain dan tidak bermain.

Steam juga pernah menyatakan bahawa mereka mempunyai 125 juta pengguna aktif didalam pelayar mereka pada tahun 2015.

About The Author
Hafiz J
Seorang gamers yang hampir bersara namun gigih untuk mengasingkan kesibukan masa mencari rezeki beliau dengan bermain permainan video. Impian untuk memiliki seunit konsol mudah alih sejak zaman GameBoy lagi. Namun masih lagi tidak tercapai.
Comments
Leave a response

Komen