Nampaknya janji Sony mengenai status pengilangan konsol generasi baharu PS5 mencukupi tidak menjadi kenyataan. Baru-baru ini laporan dari GameRant menyatakan sebaliknya dimana Sony telah membuat saranan kepada pembeli untuk menjangkakan stok yang terhad semasa pelancarannya kelak.
Malah, Sony telah membuat kenyataan tersebut secara rasmi bahawa stok adalah terhad, akan tetapi tiada maklumat lanjut diumum. Satu maklumat dimana pra-beli hanya boleh diterhadkan kepada satu unit kepada satu pelanggan juga tertiris melalui laman forum ResetEra, ianya didedahkan melalui kod belakang Javascript di laman web rasmi PlayStation Store.
Sony juga sedang mengkaji untuk memberi kepentingan kepada pengguna aktif PS4 terlebih dahulu untuk pembukaan pra-beli / pembelian sebelum ianya dibuka kepada umum. Ini adalah kerana Sony cuba untuk membawakan aktiviti dan nombor statistik yang lebih aktif melalui pengguna-pengguna ini.
Dalam berita yang sama di arena tempatan kita, Sony Malaysia turut membuat tinjauan secara atas talian seperti status Facebook mereka dibawah:
Mengikut dari tinjauan, Sony Malaysia ternyata ingin membuat persiapan mengenai permintaan dan latar belakang pelanggan yang berpotensi untuk memiliki PS5 kelak.