fbpx

Stormtroopers Boleh Tanggalkan Helmet Didalam Star Wars Battlefront

Semasa percubaan Beta, kita semua tahu bahawa beberapa kandungan tidak boleh dilakukan untuk game Star Wars Battelfront. Termasuklah ubah suai karakter anda. Namun berdasarkan Design Director game ini, Niklas Fegraeus menyatakan bahawa pemain boleh mengubahsuaikan karakter anda supaya pemain mempunyai identiti mereka sendiri.

“Anda mempunyai pelbagai cara untuk menambah baik penampilan karakter anda. Sebagai contoh, sebagai kaum alien. Barang-barang eksklusif juga akan diberikan untuk karakter anda.” Kata Niklas.

“Untuk Stormtroopers, anda boleh ubahsuai pelbagai jenis muka anda. Anda boleh tanggalkan helmet anda.” Kata beliau lagi.

DICE juga mengesahkan bahawa game ini akan mempunyai antara Lelaki atau Perempuan untuk Stormtroopers.

Banyak lagi kandungan yang kita tidak tahu sehinggalah game ini akan dilancarkan pada November ini.


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -