fbpx

Streamline Studios Juga Bersuara Membantah Dasar Baharu Donald Trump

Selepas beberapa studio pemaju permainan video membantah mengenai dasar imigresen baharu Trump yang lepas, Streamline Studios juga tidak ketinggalan untuk menyuarakan kebimbangan mereka tentang impak yang akan diberi kepada industri ini.

Mengikut dari video diatas, Alexander Fernandez selaku CEO syarikat ini memberi kenyataan terhadap dasar baharu dan mengajak syarikat lain dari industri yang sama untuk membantah bersama. Berikut adalah kenyataan beliau tentang pekerjanya yang datang dari pelbagai warga atau latar belakang.

[blockquote cite=”Alexander Fernandez, CEO Streamline Studios”]”Our greatest assets is diversity of people, we have Latinos, Malays, Chinese, Middle Easterners, Africans, Asians, as well as Americans and Europeans.“[/blockquote]

Memetik lagi dari video diatas, beliau juga mengakui bahawa beliau datang dari keluarga imigran negara US dan bantah sama sekali dasar baharu Trump melalui kenyataan dibawah.

[blockquote cite=”Alexander Fernandez, CEO Streamline Studios”]”As an immigrant and the one who sees Streamline’s family being affected, this injustice cannot be tolerated. We cannot remain silent.“[/blockquote]

Beberapa hari lepas, Donald Trump, Presiden baharu US membuat pengumuman yang mengejutkan kepada banyak pihak mengenai keputusan beliau atas dasar imigresen baharu yang menyekat kemasukan dari tujuh negara yang majoritinya adalah beragama Islam.

Sebagai syarikat yang mempunyai lebih dari 200 pekerja, dan juga mempunyai beberapa cawangan untuk pencarian bakat diseluruh dunia, maka dasar ini akan memberi impak kepada mereka terhadap pencarian bakat dari warganegara yang berbeza.

Streamline Studios pernah melibatkan diri didalam pelbagai pembangunan permainan video kini, seperti Final Fantasy XV adalah salah satunya. Salah satu cawangan syarikat mereka adalah di Kuala Lumpur, Malaysia.


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -