Gamer Malaya
Info Permainan Video Terkini Malaysia

- Iklan -

Street Fighter V Telah Mencatat Jualan Lebih 1.4 Juta Unit

43

Salah satu statistik yang amat menarik, Street Fighter V kini terjual lebih dari 1.4 Juta unit di seluruh dunia berdasarkan laporan dari Capcom kepada pelaburnya. Namun ianya masih lagi tidak tercapai mengikut dari sasaran jualan mereka, iaitu sebanyak 2 juta unit dari tarikh pelancarannya pada Februari sehingga penghujung Mac.

Siri game ini pernah mengalami beberapa isu semasa pelancarannya. Isu-isu seperti ketiadaan mod Arcade dan mod Story yang hanya diperbaiki bulan lepas.

“Saya rasa kandungan untuk pemain solo (Single Player) amatlah penting dan masih relevan sehingga sekarang.” Kata Yoshinori Ono, Produser Eksekutif melalui temubual bersama Gamespot.

Namun ianya tidak memberi impak yang besar, mengikut pada kenyataan Capcom bahawa jualan Street Fighter V masih lagi kukuh di serata dunia.