fbpx

Streets Of Rage 4 Akan Dilancarkan Pada Minggu Depan

Streets of Rage 4, permainan baharu dari siri beat-’em-up terkenal dari Sega akhirnya mendapat tarikh pelancarannya.

Sekuel ini dibangunkan oleh tiga studio indie. DotEmu, terkenal dengan mengolahkan permainan klasik ke platform moden seperti Windjammers. Manakala Lizardcube, adalah sebuah studio disebalik tabir projek Wonder Boy: The Dragon’s Trap Remake. Dan terakhir adalah Guard Crush, terkenal dengan permainan Streets Of Fury mereka.

Streets Of Rage 4 menerima video trailer baharu dibawah diatas, menunjukkan mod Battle, sebuah mod PvP yang pernah diperlihat didalam Streets Of Rage 2 & 3, namun ditukarkan konsepnya kepada permainan perlawananan.

Streets Of Rage 4 akan tiba dipasaran pada 30hb April untuk PS4, PC (Steam), Nintendo Switch dan Xbox One.


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -