fbpx

Summer Games Fest Diumum, Festival Gaming Digital Selama Empat Bulan

Sedia semua tahu bahawa E3 tidak akan hadir pada tahun ini, namun satu acara secara digital akan mengambil alih tempatnya. Summer Games Fest akan membawakan semua mengenai permainan video sepanjang musim panas ini, iaitu sepanjang 4 bulan pada Mei hingga Ogos.

Beberapa syarikat penerbit dan rakan kongsi juga menyertai acara ini, seperti:

  • 2K
  • Activision
  • Bandai Namco
  • Bethesda
  • Blizzard
  • Bungie
  • CD Projekt Red
  • Digital Extremes
  • EA
  • Microsoft
  • Private Division
  • Riot Games
  • Sony Interactive Entertainment
  • Steam
  • Square Enix
  • Warner Bros.

Kesemua mereka akan membawakan beberapa butiran mengenai acara mereka yang akan diumumkan pada minggu hadapan.

Geoff Keighly, selaku kurator Summer Games Fest akan mengacarakan acara tersebut. Summer Games Fest akan ditamatkan dengan Opening Night Live – serupa seperti Gamescom tahun lepas. Acara tersebut akan diadakan pada 24hb Ogos.

Steam, Xbox dan beberapa platform lain juga akan menawarkan demo pada masa yang terhad. Salah satunya adalah Steam Game Festival: Summer Edition yang akan dijalankana pada 9hb – 14hb Jun.

Jadual penuh dan beberapa maklumat acara mengenai Summer Games Fest akan tiba melalui laman web mereka.


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -