fbpx

Syarikat Pembangun The Order: 1886 Diperoleh Oleh Facebook

Masih ingat permainan The Order: 1886? Syarikat pembangun permainan tersebut, Ready At Dawn diperoleh oleh Facebook untuk memfokuskan kandungan mereka didalam segmen realiti maya.

Selain dari permainan The Order: 1886, Ready At Dawn juga pernah terlibat dengan pembangunan permainan realiti maya seperti Lone Echo, Echo Arena dan Echo Combat untuk platform Oculus.

Naib Presiden Kandungan AR / VR Facebook menyatakan kandungan permainan realiti maya oleh Ready At Dawn amat baik dan inovatif.

The Order: 1886 adlaah permainan aksi pandangan ketiga yang dilancarkan secara eksklusif untuk PS4 pada tahun 2015. Namun, permainan ini mendapat kritikan atas pengalaman permainan yang agak bosan dan jalan cerita yang teramat pendek. Akan tetapi, kualiti grafik amatlah baik khususnya jikalau dibandingkan permainan ini dengan permainan PS4 lain pada masa tersebut.

Setakat ini tiada maklumat mengenai apakah permainan yang bakal dibangunkan oleh Ready At Dawn, namun berkemungkinan besar ianya lebih memfokuskan kepada permainan realiti maya.

Sumber: GameRant.


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -