fbpx

Tajaan PlayStation UK Terhadap Acara Pride Di London Membawa Kontroversi

PlayStation UK secara rasmi mengumumkan bahawa mereka menaja acara Pride 2017 di London semalam melalui akaun Twitter mereka. Pride, sebuah acara yang melibatkan golongan LGBT akan bermula pada bulan ini di kota tersebut.

Namun kontroversi tercipta khususnya melalui laman web Reddit yang dimana peminat sekalian berdebat mengenai keputusan Sony untuk menyokong gerakan LGBT dengan menaja program Pride ini.

“For All The The Players” adalah slogan yang selalu digunakan oleh Sony untuk kempen PlayStation mereka, dan PlayStation UK juga menggunakan slogan tersebut atas sokongan mereka terhadap acara ini.

Setakat ini tiada maklumat lanjut mengenai tajaan yang diberi, namun berkemungkinan mereka akan menyumbang beberapa unit konsol PlayStation 4 untuk dimain pada acara tersebut.

Topik kontroversi didalam laman web Reddit tersebut telahpun ditutup.


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -