fbpx

Take-Two (Rockstar dan 2K) Mensasarkan 93 Permainan Baharu Dalam Masa Lima Tahun

Take-Two Interactive, syarikat induk untuk pembangun disebalik permainan GTA V, atau Civilization VI, Rockstar dan 2K menyatakan sasaran mereka untuk melancarkan 93 permainan baharu sehingga 2025.

Ini mengikut dari laporan pendapatan syarikat mereka bagi suku keempat tahun 2020. Melalui dari laporan yang dinyatakan oleh transkrip Fool, Karl Slatoff, Presiden syarikat Take-Two, berkata sebanyak 100 permainan telah dilancarkan buat masa ini dan 93 lagi baka dilancarkan didalam tempoh 5 tahun akan datang.

Menurutnya lagi, pecahan dari 93 permainan itu adalah seperti berikut:

  • Pengalaman Permainan Teras: 48
  • Permainan yang Remastered atau Remake: 15
  • Permainan Gaya Arked: 17
  • Permainan Kasual: 13

Setakat ini tiada judul permainan diumum, namun kita sedia tahu bakal menerima berita seperti permainan yang kebiasaan dilancarkan oleh syarikat 2K, seperti Civilization, XCOM dan juga siri permainan sukan seperti WWE 2K. Manakala untuk Rockstar mungkin kebanyakannya adalah permainan yang bakal di Remastered dan Remake.

Dengan pengumuman tersebut, adakah GTA 6 atau Bully Remake bakal hadir? Sama-sama kita nantikan.

Sumber: PCGamesN.

Langgan & Menang

Popular Minggu Ini

Langgan & Menang

Popular

Berkaitan

- Iklan -

Komen