fbpx

Tambahan Masa Untuk Beta Star Wars Battlefront Sehingga Esok

EA telah mengeluarkan Beta Star Wars Battlefront kepada umum semenjak minggu lepas sehingga 12hb Oktober, Isnin. Namun EA DICE mengeluarkan kenyataan bahawa tempoh Beta tersebut akan ditambah sehingga esok 13hb Oktober, Selasa.

Ini adalah kerana berdasarkan dari sumber, pihak pembina game ini ingin memberi lebih masa untuk memerhati kepuasan pemain dan kualiti dari segi teknikal terhadap game ini khususnya semasa permainan Multiplayer. “Isu seperti terkeluar dari game, atau terputus talian dengan pelayan (server) amat berlaku dengan kerap.” Kata EA.

Star Wars Battlefront akan mula berada dipasaran pada 19hb November ini untuk PlayStation 4, PC dan Xbox One.


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

- Iklan -