Gamer Malaya
Info Permainan Video Terkini Malaysia

- Iklan -

Tarikh Pasaran Street Fighter V Untuk Asia Diumumkan

61

Sebuah siri baharu dari Capcom iaitu Street Fighter V akan hadir ke pasaran Asia pada 16hb Februari 2016 dari bentuk fizikal dan digital. Berdasarkan dari sumber IGN Asia menyatakan bahawa Edisi Khas dengan unit yang terhad juga akan dipasarkan kepada peminat.

Street-Fighter-V-Limited-Edition

Street Fighter V Special Shoryuken Edition mengandungi kad / info tentang 16 karakter didalam game ini, kod dan juga Steelbook.

Harga akan dijual pada RM239 untuk versi “Standard” manakala RM289 untuk edisi terhad.

Untuk persiapan, apa kata anda lihat video perlawanan hebat Street Fighter – Capcom Pro Tour dari acara GameStart 2015.