Gamer Malaya
Info Permainan Video Terkini Malaysia

Team Liquid Mengutip Hampir USD $14 Juta Habuan – Terbanyak Dari Pasukan Esukan Lain

83

Pabila 2017 hampir menutup tirai, pelbagai rangkuman dibuat untuk tatapan semua. Tetapi apa yang menarik perhatian kami adalah, senarai 10 pasukan esukan dengan perbandingan pendapatan mereka dari hadiah kemenangan adalah sesuatu yang patut dikongsi pada semua pembaca.

Data yang dikeluarkan oleh The Esports Observer ini menyenaraikan kesemua 10 pasukan esukan terkenal diseluruh dunia. Apa yang menarik adalah Team Liquid, dimana mereka mampu meraih sebanyak USD $13,379,499 dari hadiah kemenangan mereka pada tahun 2017, sebuah statistik yang membanggakan jikalau dibanding dengan tahun 2016, sebanyak USD $3,054,130 sahaja.

Dota 2 adalah salah satu permainan yang menyumbang jumlah yang besar kepada pasukan-pasukan ini, diikuti oleh CS:GO, Call of Duty dan juga League of Legends.

Mengikut dari data ini juga, lima pasukan teratas adalah dari pasukan terbaik dari perlawanan The International yang lepas.

Sesungguhnya konsep esukan berubah dan berkembang dengan pesat dengan elemen yang sangat positif oleh komuniti dari seantero dunia. Kami berharap tahun 2018 akan menjadi satu lagi tahun yang menarik bagi industri ini khususnya di Malaysia.

Sumber: The Esports Observer