Bandai Namco baru-baru ini mengeluarkan borang kaji selidik kepada umum tentang game Tekken 7. Menariknya mengikut dari kaji selidik tersebut, salah satunya adalah soalan dari Bandai tentang membawakan game ini kepada platform PC.
Jikalau ini berlaku, maka ianya salah satu siri game Tekken yang julungkalinya dijual untuk platform PC. Ini mungkin akan berlaku atas kerana beberapa sebab yang nyata tentang pesaingnya yang lain seperti Street Fighter yang juga dijual untuk versi Windows & Mac.

