Untuk persiapan tentang pelancaran siaran eSukan 24 Jam baharu mereka, Astro telahpun membuat sesi wawancara untuk mencari bakat hos rancangan eGG mereka. Bersempena dengan acara AGES yang bermula hari ini di Midvalley Megamall, peminat berpeluang untuk berjumpa dengan personaliti hos baharu mereka yang disenarai pendek untuk hos siara eGG mereka.
Pelbagai aktiviti akan dibuat pada kaunter pameran eGG Network di acara AGES ini, termasuk acara temu ramah bersama dengan personaliti hos mereka seperti dibawah:
- Pinda Rika Dorji – Gadis dari Bhutan yang amat minat dengan game DOTA 2. Beliau mempunyai siaran Youtube beliau sendiri dengan peminat lebih dari 30,000 didalam laman sosial Facebook beliau.
- Faisal Ariffin – Seorang game yang bermula semenjak dari zaman konsol katrij seperti Nintendo 64 dan Sega Genesis. Mula bermain game Counter Strike secara kompetitif melalui pusat siber pada umur dari 10 tahun.
- Natasha Hidayah – Seorang gadis yang penuh minat dengan eSukan, dan kini menyandang jawatan Naib Presiden didalam kelab eSukan di Universiti yang beliau kini masih belajar. Beliau amat aktif sebagai hos rancangan radio gaming IIUM.FM, sebuah radio dari universiti.
- Faraz Shababi – Jejaka muda dari Iran yang kini adalah seorang pelajar Universiti Sunway. Beliau pernah menjadi tetamu undangan untuk diwawancara melalui acara Garena Premier League 2016 untuk League of Legends.
- Abdul Mu’adz – Beliau sudah pun berpelangaman didalam rancangan TV semenjak dari tahun 2010. Walaupun pernah menjumpai artis yang terkenal seperti Dato’ Siti Nurhaliza, Anuar Zain dan juga Joe Flizzow, beliau kini ingin mengambil cabaran baharu untuk hos rancangan eSukan eGG ini.
- Daniele Antoinette Purdue – Berasal dari Australia, beliau pernah menyampaikan beberapa berita mengenai pertandingan eSukan di Malaysia seperti Malaysian Cyber Games 2015. Visi beliau adalah untuk mempromosikan potensi industri eSukan di serantau ASEAN untuk mencari lebih banyak bakat didalam komuniti ini.
Anda boleh berjumpa dengan personaliti diatas di pada hari Ahad, 29hb Mei.