Kemas Kini: Crysis Remastered diumum secara rasmi, hari ini dengan pelancaran video rasmi mereka dibawah:
Mengikut dari pengumuman rasmi mereka, Crysis Remastered masih akan menggunakan teknologi Crytek CryEngine, dimana sebuah enjin yang menguasakan siri Crysis pertama sehinggalah siri ketiga.
Saber Interactive, sebuah studio pembangun World War Z, bertanggungjawab untuk pengolahan permainan ini. Mereka juga pernah terlibat didalam projek pembangunan The Witcher III versi Switch.
Artikel Asal: Siapa sangka bahawa permainan video yang seringkali dipergunakan untuk uji kemampuan PC ini kembali didalam arena permainan video moden. Selepas acahan yang diberi melalui akaun Twitter mereka, ramai menyangka bahawa Crysis 4 akan hadir akhirnya selepas sekian lama dinanti.

Namun, hari ini maklumat tertiris di dunia internet bahawa Crysis versi Remastered akan mula tiba ke platform PC, PS4, Xbox One dan juga Nintendo Switch.
Maklumat ini telah didapati melalui halaman polisi Cookies, laman web rasmi Crysis, yang dimana terpaparnya logo Remastered tersebut. Malah, logo tersebut dipautkan dengan laman web rasmi Crysis Remastered, yang memaparkan gambar Alcatraz besertan dengan logo-logo platfrom.
Setakat ini tiada berita rasmi dibuat, dan halaman Cookies tersebut telahpun dipadamkan.
Crysis adalah sebuah permainan FPS yang pernah dilancarkan pada tahun 2007 pada PC, PS3 dan Xbox 360.
Sumber: Twitter
- Iklan -

