TGV hari ini membuka jualan tiket untuk menayangkan rancangan pusingan akhir Dota 2 dari acara Manila Major 12hb Jun ini mengikut dari sumber Lowyat.NET. Pusingan akhir ini hanya akan ditayangkan pada 4 pawagam terpilih oleh TGV, iaitu One Utama, Sunway Pyramid, 1st Avenue di P.Pinang dan Tebrau di Johor.
Tayangan yang dijadualkan pada 12hb dari jam 10 pagi sehingga tengah malam ini dijual melalui kaunter atau atas talian dengan harga RM35. Kesemua tiket didatangkan bersama satu botol air mineral dan caj tambahan RM1 untuk setiap pembelian melalui atas talian.