Ubisoft mengumumkan bahawa permainan The Division boleh dimainkan secara percuma untuk sementara waktu. Permainan didalam bentuk penuh akan diberi secara “trial” bermula pada hari ini 3PM untuk konsol PlayStation 4 dan Xbox One, manakala 1AM (Jumaat pagi) untuk platform PC.

Ini adalah peluang terbaik untuk sesiapa yang masih ingin mencuba sebelum membeli permainan yang lebih memfokuskan kepada mod multiplayer oleh Ubisoft.
Tawaran ini akan diberi sehingga Isnin ini, jam 3PM, manakala platform PC pada hari Ahad, jam 4PM.
Dalam masa yang, Ubisoft juga menawarkan harga istimewa untuk sesiapa ingin membeli permainan The Division dalam masa terhad sehingga 15hb Mei ini. Diskaun tersebut sah untuk semua platform.

