Game The Division Sedang Dibina Oleh 4 Studio

Now Reading
Game The Division Sedang Dibina Oleh 4 Studio

Game yang dinantikan, The Division yang akan datang pada tahun ini. Game ini lebih memfokuskan kepada multiplayer secara open world kepada pemain.

Terbaru untuk Division bahawa Ubisoft, penerbit game ini akan melantik lagi satu Studio untuk membantu pembinaan Division ini.

Ubisoft Annecy sebagai studio yang ke-4 untuk projek ini juga adalah sebuah studio yang mempunyai portfolio berkaitan dengan game yang hebat seperti Rayman 2, Splinter Cell: Pandora Tomorrow dan Assassin’s Creed II.

“Kami dari Annecy amat gembira kerana dapat bekerjasama dengan studio Massive, Red Storm dan Reflection untuk Tom Clancy’s The Division ini.” Kata Rebecka Coutaz, Pengurus Studio Ubisoft Annecy.

“Kami akan membawa hasil projek multiplayer kami dari game sebelum ini dan dengan projek ini, ianya amat membantu kami dari segi pengetahuan teknikal untuk menjadi sebuah syarikat dan studio yang pakar untuk gaming kelak. Dengan kolaborasi ini kami dengan studio yang lain dapat memberikan pengalaman yang hebat dari jangkaan dengan game terbaru ini” Katanya lagi.

The-Division

Mengikut sumber, Massive Entertainment tidak dapat tampung keadaan antara pembinaan game ini dengan kekurangan masa dari mereka. Maka Ubisoft melantik kepada Red Storm dimana terkenal dengan Ghost Recon: Future Soldier, dan Reflections dimana popular dengan The Crew untuk membantu terhadap projek ini.

The Division akan dikeluarkan untuk plaform Playstation 4, Xbox One dan PC tahun ini, namun tiada pengumuman untuk tarikh setakat ini.

About The Author
Hafiz J
Seorang gamers yang hampir bersara namun gigih untuk mengasingkan kesibukan masa mencari rezeki beliau dengan bermain permainan video. Impian untuk memiliki seunit konsol mudah alih sejak zaman GameBoy lagi. Namun masih lagi tidak tercapai.
Comments
Leave a response

Komen