Gamer Malaya
Info Permainan Video Terkini Malaysia

- Iklan -

The Evil Within 2 Mula Dipasarkan, Lihat Video Pelancaran

31

Seperti dijanjikan, Bethesda akan memasarkan sekuel kepada permainan video seram terkenal mereka, The Evil Within. Hari ini, 13hb Oktober adalah tarikh yang dipilih untuk pasaran Asia khususnya Malaysia.

Siri dari Shinji Mikami akan mempunyai kandungan dunia yang lebih besar untuk diterokai, malah akan lebih seram dari sebelumnya.

“The Evil Within 2 adalah sebuah permainan yang mewakili visi kami untuk kemajuan didalam genre seram / ngeri”, kata Mikami, yang kini mengambil tugasan sebagai Penerbit untuk permainan ini. “Kami telah mencipta permainan yang menakutkan diikuti perasaan tekanan dan ancaman kepada pemain dengan pelbagai pilihan untuk menempuh perjalanan yang akan dihadapi. Pemain semua perlulah pilih dengan bijak untuk selamat menghadapi segala cabaran.”

Dengan watak Sebastian Castellanos, yang dimana akan menghadapi mimpi ngeri untuk menyelamatkan anak perempuan beliau. Berikut adalah video menunjukkan faktor-faktor yang disebutkan diatas:

Anda kini boleh mendapatkannya secara digital melalui laman PlayStation Store, atau secara fizikal.

The Evil Within 2 juga boleh didapati di platform Xbox One dan PC.