fbpx

The International 2016 (Kelayakan SEA): Fnatic Akan Bertempur Dengan WG.Unity Untuk Tempat Kedua

Selepas perlawanan untuk kelayakan dari rantau Asia Tenggara (SEA) yang telah dijadualkan semenjak Sabtu yang lepas untuk merebut tempat didalam perlawanan eSukan terbesar Dota 2, The International 2016, akhirnya ianya telah sampai ke hari akhir untuk penentuan segalanya.

Hanya tiga pasukan berpeluang untuk mendapat tempat di perlawanan The International 2016. Tempat pertama dan kedua akan secara automatik bertempur di The International 2016 yang akan diadakan di Seattle, USA pada 3hb Ogos ini. Manakala pasukan yang mendapat di tempat ketiga, akan memasuki pusingan tambahan Wild Card untuk berlawan sekali lagi dari rantau yang lain.

TnC Gaming, sebuah pasukan dari Filipina telah mendapat tempat pertama didalam pusingan kelayakan ini dengan markah kemenangan mereka yang tinggi berbanding dengan pasukan lain. Manakala Fnatic dan WarriorsGaming.Unity mara ke pusingan seterusnya untuk peluang mendapat tempat kedua dari kelayakan Asia Tenggara (SEA).

Dota-2-International-2016
Sumber – LiquiPedia

Melalui jadual diatas, pasukan yang memenangi didalam pusingan Winners Final akan bertempur di Grand Finals dengan pasukan yang akan memenangi dari Losers Final. Perlawanan antara Fnatic dan WG.Unity semestinya menarik atas kedua-dua pasukan ini dari Malaysia. Mereka dijadualkan untuk berlawan pada 12 tengah hari, hari ini (28hb Jun 2016, Selasa).

Artikel Berkaitan:


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -