Acara PlayStation Experience kini sedang berlangsung di California, US. Pelbagai video dan game baharu dipaparkan, Naughty Dog juga mengambil kesempatan ini dengan mengumumkan sekuel pengembaraan Joel dan Ellie melalui video trailer julung kali The Last of Us Part II dibawah:
Mengikut dari kenyataan oleh Pengarah Kreatif Naughty Dog, Neil Druckmann, siri baharu ini masih lagi didalam proses peringkat awal dan mereka akan mengumumkan lebih banyak maklumat lanjut dalam masa beberapa bulan nanti.
The Last of Us Part II akan menggunakan enjin grafik baharu oleh Naughty Dog dengan kualiti yang amat mengagumkan. Setakat ini tiada tarikh rasmi diberi untuk tarikh pelancaran, namun ianya adalah sebuah game eksklusif untuk platform PlayStation 4.

