fbpx

The Witcher 3 Bakal Hadir Ke Konsol Generasi Baharu Dengan Tawaran Naik Taraf Percuma

CD Projekt RED telah membuat pengumuman bahawa The Witcher 3: Wild Hunt bakal hadir ke konsol generasi baharu kelak.

Versi generasi baharu ini akan hadir ke PS5, Xbox Series X dan PC. Ianya bakal membawakan beberapa penambahbaikan seperti kualiti visual dan teknologi seperti skrin muatan yang lebih laju bersama teknologi ray-tracing. Kandungan baharu juga mungkin turut diserta.

Malah, mereka juga memberi tawaran naik taraf percuma kepada sesiapa yang telah memiliki permainan ini pada versi PS4, Xbox One dan juga PC.

Setakat ini tiada tarikh diumum, namun berkemungkinan tidak secepat yang kita anggap. Nampaknya, ada sebab untuk kita semua kembali semua kepada The Witcher 3 selepas habis bermain Cyberpunk 2077 yang bakal dilancarkan pada November ini.

Berkaitan

- Iklan -

Komen