fbpx

Tiada Lagi Kandungan Tambahan Untuk Star Wars: Squadrons

Berita buruk untuk peminat permainan yang baru sahaja dilancarkan, Star Wars: Squadrons, khususnya kepada sesiapa yang mengharapkan penambahan kandungan untuk permainan tersebut. Ini adalah kerana Motive Studios, pembangun permainan ini telah mengesahkan bahawa tiada kandungan tambahan dirancang untuk permainan pertempuran kapal pejuang angkasa ini.

Pengarah Kreatif Motive Studios, Ian Frazier pernah menyatakan, Squadrons bukanlah permainan servis langsung, dan harga pengenalannya yang rendah untuk membawa jangkaan pemain dengan kandungannya yang sedia ada. Ianya juga tidak akan mempunyai urus niaga mikro.

Ini adalah pendekatan yang jarang kita lihat. Serupa seperti permainan PC lamanya, Star Wars Wing Commander.

Star Wars: Squadrons kini dipasaran untuk PS4, PC dan Xbox One.

Sumber: Gameinformer melalui Gamer Matters.


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -