Penerbit permainan simulasi bandar terkenal, Paradox Interactive memuat naik video baharu beberapa hari yang lepas mengenai expansion yang akan datang untuk permainan Cities: Skylines.
Kandungan tambahan yang bernama Mass Transit ini akan lebih memfokuskan kepada khidmat pengangkutan awam supaya perancangan trafik bandar akan lebih teratur dan efektif.
Mengikut dari video yang dikeluarkan, penambahan sistem feri, kereta kabel, monorail mahupun hub pengangkutan yang mengintegrasikan pelbagai jenis pengangkutan awam didalam satu bangunan.
Dengan penambahan jenis pengangkutan melalui expansion ini, maka ianya sedikit sebanyak menambah baik prestasi kewangan dan pendapatan bandar.
Selain dari itu, pelbagai jenis jalan, jambatan dan terowong juga akan diberi untuk menyelesaikan masalah trafik.
Cities: Skylines – Mass Transit akan hadir tidak lama lagi, namun tiada tarikh tetap diumum setakat ini.