fbpx

Tiga Artis Suara (Keiji Fujiwara, Rick May & Paul Haddad) Meninggal Dunia

Berita ini ternyata membawa kesedihan didalam industri permainan video. Keiji Fujiwara, seorang artis suara dari Jepun disahkan meninggal dunia pada 12hb April yang lalu atas sebab hidapan penyakit kanser pada umur 55 tahun.

Beliau dikenali sebagai alih suara untuk karakter terkenal didalam siri Final Fantasy seperti Ardyn didalam Final Fantasy XV, malah karakter Reno dari Final Fantasy VII Remake. Beliau juga pernah aktif melibatkan diri didalam alih suara untuk pelbagai siri anime; seperti Fullmetal Alchemist, Hunter x Hunter, mahupun olah suara Jepun untuk Tony Stark dari filem The Avengers.

Rick May, yang dikenali dari suara latar untuk Soldier, Team Fortress 2 juga disahkan meninggal dunia pada 13hb April yang lalu atas sebab virus COVID-19 sebaik selepas beliau hampir pulih dari keadaan strok.

Lagi berita sedih juga baru sahaja dikeluar semalam, Paul Haddad, yang terkenal dengan suara beliau untuk Leon Kennedy untuk siri asal Resident Evil 2 meninggal dunia semalam pada umur 56. Tiada maklumat mengenai sebab kematian diumum.

Ucapan takziah terhadap mereka dan keluarganya. Sumbangan mereka didalam industri permainan video ini amat dihargai.

Sumber: Kotaku, PCGamer dan Animenewsnetwork melalui Gamasutra


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -