fbpx

Tips Penggunaan Bonus $1 Juta Di GTA Online

Seperti kita sedia tahu, Epic Games Store sedang menawarkan GTA V secara percuma sebagai versi Premium Edition yang akan membawakan wang bonus $1 Juta untuk sesi permainan GTA Online.

Walaupun permainan GTA sudah lama menapak didalam industri, namun GTA Online masih lagi aktif dan jangkaan penambahan jumlah pemain akan meningkat dengan permainan percuma sekarang. Jikalau anda masih baharu didalam sesi ini, mungkin tips permulaan dibawah sedikit sebanyak membantu khususnya dengan wang bonus tersebut.

*Wang bonus tersebut hanya akan diberikan didalam masa 7-10 hari selepas anda log masuk GTA Online


Tips ini dipetik dari grup Facebook PC Gaming Community Malaysia, yang dihasilkan oleh Mohamed Irman. Ribuan terima kasih kerana membenarkan kami menggunakan isi kandungan beliau untuk dikongsikan pada pembaca kami di Gamer Malaya.


Sedikit pesanan untuk para-para pemain baharu untuk GTA V. Memandangkan anda semua akan mendapat wang $1 Juta secara percuma dan sukar untuk diperolehi, saya ingin pesankan untuk tidak beli barang-barang yang tidak berbaloi. Kerana untuk mendapat wang tersebut memerlukan masa yang lama untuk diperolehi (grinding).

Maka, berikut adalah saranan untuk semua:

Cari Unit Rumah Yang Paling Murah

Pertama sekali, saya sarankan untuk membeli rumah atau pangsapuri yang berharga didalam $200 ribu. Rumah yang disyorkan adalah Del Perro Heights, Apartment 7 (Del Perro), dalam kata lain adalah unit rumah yang paling murah. Ini adalah kerana pemain boleh melakukan heist atau mengacarakan heist. Dimana pemain tidak boleh melakukan pengacaraan tersebut didalam rumah biasa.

Cara-Cara Pembelian:

- Iklan -

– Buka telefon dengan menekan butan arrow keatas.
– Tekan Money And Services.
– Pilih halaman Dynasty 8 untuk mulakan pembelian hartanah.

Kenderaan Kalis Peluru

Untuk kenderaan pula adalah kenderaan seperti KARIN KURUMA (ARMOURED). Jangan tersilap dengan yang versi bukan ARMOURED. Kenderaan yang mempunyai kalis peluru amat berguna khususnya semasa membuat misi kelak. Untuk memulakan pembelian kereta, anda perlu menghabiskan misi heist yang pertama terlebih dahulu.

Cara-Cara Pembelian:

– Buka telefon dengan menekan butan arrow keatas dan buka browser.
– Pilih Travel and Transport.
– Pilih Southern San Andras Super Autos
– Pastikan anda membeli versi kalis peluru untuk KARIN KURUMA.

Gunakan Kelebihan Bank

Kredit kepada Russ Tafari Gaming

Pastikan tiada duit dibawa didalam poket, sentiasa depositkan duit tersebut didalam bank, ini untuk mengelakkan pemain lain merompak duit anda selepas menewaskan anda didalam dunia GTA Online. Selain dari pergi ke Bank, anda juga boleh guna laman web melalui telefon didalam permainan dan pilih “Maze Bank” untuk depositkan duit anda.

Memanfaatkan Lebihan Wang

Lebihan wang tersebut disyorkan untuk membeli senjata, pakaian ataupun naik taraf mana yang patut.

Harap dengan tips diatas dapat membantu para pemain baharu yang mahu berjinak-jinak didalam permainan ini.


- Iklan -

Terima kasih kepada Mohamed Irman terhadap tips diatas. Ada tips yang anda ingin kongsikan? Hubungi kami melalui halaman Discord atau secara emel (hi [at] gamermalaya [dot] my)

Langgan & Menang

Popular Minggu Ini

Langgan & Menang

Popular

Berkaitan

- Iklan -

Komen