Gamer Malaya
Info Permainan Video Terkini Malaysia

- Iklan -

Titanfall 2 Akan Hadir Lebih Awal Tahun Ini?

18

Selepas berita baharu oleh pihak pembina tentang Titanfall 2 yang akan mempunyai jalan cerita buat julungkalinya, kini sebuah lagi berita baik buat peminat siri peperangan moden FPS ini, dimana ianya mungkin akan dipasarkan lebih awal dari yang disangka.

Walaupun tiada kenyataan rasmi dari Electronic Arts (EA) setakat ini tentang tarikh pelancaran sekuel game ini, namun mengikut dari sumber dari syarikat permainan MacFarlane telah mengumumkan perjanjian untuk mendapat lesen permainan / figura Titanfall yang akan dipasarkan pada penghujung tahun ini.

Mengikut dari laman web rasminya, figura baharu ini akan dijual bersama dengan kotak edisi terhad dan bersaiz 7 inci.

Kenyataan rasmi terakhir oleh EA tentang pelancaran game ini adalah “sebelum mac 2017”, namun tidak bagi Pengasas studio Respawn Entertainment, Vince Zampella menyatakan bahawa ianya akan hadir pada penghujung tahun 2016. Sama-sama nantikan berita terkini Titanfall di GamerMalaya.