Gamer Malaya
Info Permainan Video Terkini Malaysia

- Iklan -

“Titanfall 3” Yang Diura-ura Adalah Permainan Percuma Bernama Apex Legends

43

Beberapa hari yang lalu, sebuah maklumat tertiris mengenai permainan baharu oleh Respawn Entertainment, sebuah studio disebalik pembikinan Titanfall yang akan diumum dalam masa terdekat. Ianya ternyata benar, namun bukanlah siri Titanfall baharu yang diura-ura sebelum ini.

Apex Legends, adalah sebuah permainan konsep battle royale yang memfokuskan kepada pengalaman permainan bersama skuad dengan karakter yang mempunyai kebolehan tersendiri. Permainan ini boleh dimain secara percuma.

Walaupun permainan ini akan ditempatkan didalam dunia Titanfall, namun ianya tidak akan membawakan beberapa kandungan seperti mecha, robot Titans mahupun teknik pergerakan yang terkenal; berlari di dinding tidak akan ada didalam permainan ini. Walaubagaimanapun, konsep dan rekabentuk senjata yang serupa akan diserta.

Permainan ini akan memfokuskan kepada konsep bermain bersama skuad, dan tidak akan ada mod bermain secara solo, sekaligus sebuah pengalaman yang berbeza dengan permainan jenis battle royale yang lain diluar sana.

Menariknya, Apex Legends akan mempunyai battle pass untuk mendapat kandungan tambahan dan membuka kotak tikam. Ya, kotak tikam oleh permainan EA pada zaman ini. Tidak heran mengapa permainan ini tidak mendapat perhatian yang banyak, walaupun ianya diberi secara percuma.

Ini adalah sebuah permainan oleh Respawn yang mempunyai hak penuh oleh EA. Apex Legends kini boleh dimuat turun untuk platform PS4, PC (Origin) dan juga Xbox One.

Artikel Asal: Gamer Matters