fbpx

Tony Hawk Juga Mengumpul SKATE Didalam Dunia Sebenar

Permainan Tony Hawk’s Pro Skater 1+2 mendapat banyak pujian selepas pelancarannya pada 4hb yang lepas. Permainan olahan semula ini adalah berdasarkan permainan klasik asal Tony Hawk 1 dan 2 yang pernah dilancarkan semenjak tahun 1999 untuk platform PlayStation generasi pertama.

Salah satu perkara klasik yang sering dilakukan oleh pemain adalah mengumpul perkataan SKATE untuk memenuhi kehendak misi tersebut.

Video diatas dimuat naik oleh Tony Hawk berkenaan staf beliau menukarkan tempat papan luncur beliau dengan belon perkataan S-K-A-T-E untuk beliau sentuh sebelum beliau akhiri dengan Secret Tape yang mengandungi mesej ucapan tahniah oleh para staf beliau atas pelancaran permainan tersebut.

Atas tujuan promosi permainan Tony Hawk’s Pro Skater 1+2, beliau juga pernah muat naik beliau sendiri meluncur didalam gudang yang dikenali dan diinspirasi dari dalam permainan asal dan juga versi pembuatan semula.

Tony Hawk’s Pro Skater 1+2 kini tersedia untuk platform PS4, PC (Epic Games Store) dan Xbox One.

Kredit: Kotaku.


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -