Aktiviti kemaskini Gran Turismo Sport ternyata semakin berkurangan baru-baru ini. Untuk tahun 2020, kandungan baharu tiba pada setiap dua bulan berbanding dengan tahun lepas dimana pada setiap bulan. Kemaskini terakhir adalah pada bulan Februari dengan kedatangan 3 buah kereta.
Untuk bulan ini hanya satu kereta diberi, dan ianya adalah Toyota GR Supra RZ, generasi ke-lima Supra untuk tahun 2020. Tiada penambahan besar dibuat pada kereta ini dan perbezaan mungkin kecil dari segi spesifikasi kereta.
Kemaskini ini akan hadir pada hari ini.