Masih ingatkah, sebelum minions kuning datang, perkataan ini sering digunakan didalam siri game Overlord. Kini Codemaster mengumumkan trailer dan screenshot baharu untuk Overlord: Fellowship of Evil dikeluarkan. Siri game baharu ini akan dikeluarkan hanya didalam bentuk digital untuk platform PS4, Xbox One dan PC.
Video trailer yang seakan dikeluarkan oleh “The Minionstry of Information” dengan bertajuk “So You Thing You’re Evil?” menunjukkan perangai / karakter sebagai Minions didalam game Overlord ini.
Tarikh pengeluaran masih lagi tidak diketahui, namun berdasarkan daripada pengumuman Codemaster April lepas, ianya akan mula dipasarkan pada tahun ini.
Berikut adalah galeri screenshot dan video trailer:

