Mad Max adalah sebuah game yang terbaru berdasarkan filem yang pernah ditayangkan pada tahun 1979, dan juga filem yang baru pada May 2015 ini.
Dengan suasana ala-“Post-Apocalyptic” dan “Open-World Enviroment”, Mad Max membawakan game yang unik dari segi perlawanan menggunakan kenderaan dan juga boleh di ubahsuai.
Berdasarkan video trailer diatas, ianya berkemungkinan besar adalah game “Third Person View” namun sedikit dari gameplay-nya adalah secara “First Person View” seperti didalam kereta.
Game ini dibina dari Avalanche Studio, sebuah studio dengan game yang terkenal seperti siri Just Cause.