Transform Races Akan Hadir Ke GTA Online Bulan Ini

Now Reading
Transform Races Akan Hadir Ke GTA Online Bulan Ini

Buat masa sekarang, pemain boleh berlumba diatas darat, lautan mahupun di udara didalam permainan GTA Online, tapi bagaimana pula kesemua jenis perlumbaan tersebut digabungkan sekali didalam satu pertandingan? Itu adalah sesuatu yang kita akan dapat didalam GTA Online pada bulan ini yang dinamakan sebagai “Transform Races”.

Jenis perlumbaan baharu ini membolehkan pemain menukar jenis kenderaan mereka semasa berlumba, sekaligus membawa keseronokan dan adrenalin yang lebih tinggi. Penukaran seperti kereta (jenis super ke off-roads), kepada bot, kapal terbang, helikopter dan juga terjun udara, kesemuanya boleh ditukar pada bila masa sahaja semasa perlumbaan!

Konsep ini mungkin anda pernah lihat melalui idea yang akan dicapai oleh The Crew 2, sebuah permainan dari Ubisoft, dimana pemain boleh menukar jenis kereta ataupun bot dan juga kapal terbang.

Secara tipikalnya Rockstar akan memberi kelainan seperti apa yang kita nikmati oleh kandungan yang diberi mereka sebelumnya. Battle Royale adalah salah satu contoh yang dimana ianya memberi idelogi seakan permainan PlayerUknown’s Battlegrounds (PUBG) namun dengan konsep yang berlainan.

Transform Races adalah satu kandungan ekstra yang diberi selepas kemaskini baharu mereka, GTA Online: Smuggler’s Run.

About The Author
Hafiz J

Seorang gamers yang hampir bersara namun gigih untuk mengasingkan kesibukan masa mencari rezeki beliau dengan bermain permainan video. Impian untuk memiliki seunit konsol mudah alih sejak zaman GameBoy lagi. Namun masih lagi tidak tercapai.

Comments
Leave a response

Komen