Sebuah studio pembina permainan video dari Singapura, Witching Hour Studio yang terkenal dengan permainan baharu mereka melalui program Kickstarter, Masquerada: Of Songs & Shadows, sebuah permainan RPG fantasi yang lebih memfokuskan kepada jalan cerita yang menarik.
Pengarah Kreatif studio tersebut, Ian Gregory memuat naik status dengan berhasrat untuk mempunyai frasa tempatan terkenal (khususnya di Singapura) “Win Liao Lor” didalam trofi platinum PlayStation. Frasa ini selalu digunakan kepada individu yang memenangi debat antara individu dengan hujahan yang hebat.

Masquerada telahpun dipasarkan sejak September tahun lepas untuk platform PC melalui pelayar Steam, manakala versi PlayStation 4 akan hadir tidak lama lagi.

