fbpx

Tropico 4 Percuma Buat Sementara Waktu di Humble Store

Humble Store, sebuah kedai game atas talian yang terkenal dengan program Humble Bundle, kini menawarkan Tropico 4 secara percuma untuk waktu yang terhad.

Mengikut dari laman web Humble Store, Tropico 4 versi Steam Special akan diberikan secara percuma buat sementara waktu sehingga 11:59 malam esok. Kod akan diberikan untuk pemain muat turun melalui pelayar Steam.

Tropico 4 adalah sebuah game strategi dengan elemen unik dimana pemain boleh menentukan cara pemerintahan dari secara diktator yang zalim atau seseorang yang mengambil berat tentang rakyatnya.

Walaupun game ini telahpun berada dipasaran sekian lama, namun ianya amat berbaloi untuk dicuba oleh peminat game strategi dengan harga percuma.

 


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -