fbpx

Tunda Cyberpunk 2077 Lagi? Mustahil – CD Projekt RED

Nampaknya CD Projekt RED kali ini amat yakin bahawa permainan IP baharu mereka, Cyberpunk 2077 bakal menyaji peminat semua pada bulan November ini.

Mahupun beberapa tundaan telah dibuat, kali ini CDPR menyatakan hasrat mereka bahawa tiada lagi tundaan akan dibuat untuk permainan tersebut melalui video kewangan syarikat untuk separuh pertama fiskal tahunan 2020.

Mengikut dari video diatas, CFO syarikat CD Projekt, Piotr Nielubowicz membuat rumusan terhadap status pembangunan sekarang dan juga kemaskini yang lain mengenai prestasi permainan sedia ada.

Beliau juga menyatakan bahawa kita akan berjumpa beliau lagi didalam video yang seterusnya, dimana “Cyberpunk 2077 telahpun dilancarkan”. Video laporan ini kebiasaannya adalah mengikut pada setiap akhir suku-tahunan, maka melihat dari episod ini, video yang seterusnya adalah pada bulan Disember.

Cyberpunk 2077 bakal hadir ke PS4, PC dan Xbox One pada 19hb November 2020.

Sumber: VG247

Berkaitan

- Iklan -

Komen